Thursday, 15 September 2016

Nish

Pada suatu hari yang indah, Nish dan rakan baiknya, Pou telah menghadiri sebuah ceramah ringkas tentang kemerdekaan. Ceramah itu diadakan di dewan sekolah Nish. Pada hari itu juga Nish dan Pou telah selesai menjawab paper ketiga trial peperiksaan besar mereka untuk tahun itu.

Petang itu, ceramah itu pun berlangsung. Sepanjang ceramah berlangsung, Nish terasa sangat bosan. Nish terfikirkan untuk berbuat sesuatu. Lalu Nish menulis lirik lagu dalam buku nota Nish yang berwarna  pink kecil kerana itu merupakan salah satu hobi Nish, menulis lirik lagu takpun poem atau puisi. Tapi Nish tidak berpuas hati kerana dia merasakan apa yang dia tulis ketika itu sangat buruk jadinya Nish mengoyak helaian tersebut dari bukunya. Nak dijadikan cerita, selepas Nish mengoyak buku itu, Nish terfikirkan satu idea yang gila. Memandangkan ramai orang yang lena dan tidur, Nish pun memberitahu Pou bahawa dia mahu membuat satu tutorial. Tutorial untuk menghilangkan mengantuk ketika menghadiri ceramah yang membosankan.

"Sebab kita takde gula-gula so cara-cara untuk menghilangkan mengantuk ialah ... mula-mula, kita koyak buku nota kita. Pastu kita gulung-gulung then kita bukak pastu kita koyak sikit pastu kita makan. Hah, hilang ngantuk!"

Kata Nish

"Kalau berani buatlah betul-betul Nish."

Cabar Pou

"Okay kalau ana buat, apa ana akan dapat? Enti nak bagi ana apa?"

Asah Nish

"Kalau enti makan kertas tu, ana pun makan gak."

"Baiklah, ana makan. Ana buat betul-betul ni."

Lalu Nish pun mengoyak kertas tersebut dan makan. Sebelum Nish menelannya, Seed yang berada di situ menyuruh Nish membuka mulut untuk melihat kertas tersebut. Seed lalu terkejut dan berkata "Biar betul Nish, enti buat betul-betul"

Selepas Nish selesai makan kertas tersebut lalu Nish pun mengoyakkan lagi kertasnya lalu memberikan kepada Pou cebisan kertas itu bagi Pou memakannya kerana itulah yang dijanjikan jika Nish berjaya memakan kertas tersebut.

Done.

Bosan lagi. Tiba-tiba Pou kata dia mahu ke tandas. Lalu Nish dengan tidak keberatan ingin menemani Pou selain menghilangkan kebosanan ketika ceramah di dalam dewan. Selepas ke tandas, Nish tidak berfikir mahu ke dewan terus. Nish terfikir untuk pergi ke mana-mana sebelum itu. Lalu Nish mengajak Pou untuk pergi sebuah kawasan lapang yang terdapat di sekolah mereka. Kawasan lapang itu berumput. Nish juga ada terfikir semasa ceramah berlangsung, dia tidak nampak langsung akan Kem (kawan mereka). Nish hanya nampak Rey sahaja. Nish pun terfikir di mana Kem berada. Sesampai Nish dan Pou di kawasan lapang tersebut, Nish dan Pou pun berkata "Laaa, takde siapa-siapa pun dekat sini" Kemudian, Nish pun ingin menceritakan kepada Pou tentang apa yang berlaku semalam di kawasan itu, Nish siap buat lakonan semula lagi.

Tiba-tiba, sedang Nish rancak bercerita, Pou dengan muka yang terkejut berkata ada lembaga di sebalik pokok yang berada di kawasan itu. Nish sangat terkejut lalu menjerit. Kemudian, Pou berkata kepada Nish "Enti dia ada enti, dia ada.." 

"Seriously?!"

Wahhh, mereka pun melarikan diri sepantas mungkin. Tak tau apa function diorg lari. Then menyorok di sebalik terdapat tembok yang berada di situ. Lalu mereka memerhatikan Kem yang baru keluar dari belakang pokok tadi. 

Nish berasa malu kerana dia takut Kem dengar apa yang dia cakap! Tapi harapnya tak lah.

...

Petang itu, Nish tidak turun makan sebab Nish tidur lepas Asar. Bangun-bangun Nish rasa tidak sedap. Nish rasa mual. Nish bersiap-siap dan membersihkan dirinya tetapi dia muntah-muntah. Nish hanya makan biskut untuk mengalas perut tetapi selepas itu Nish masih muntah-muntah. Malam itu, Nish berasa pening kepala yang amat. Sampaikan Nish rasa tak larat nak menghafal untuk peperiksaan keesokan harinya. Kawan-kawan yang berada di sekeliling Nish berasa risau terhadap keadaan Nish dan bertanya adakah Nish okay. Nish berkata dia okay je, cuma dia pening kepala sikit. Nasib baik Nish ada seorang kawan yang baik yang sudi untuk offer nak urut kepala Nish sebab kepala Nish sakit sangat time tu.

Nish berterima kasih kepadanya.

Malam itu, sebelum tidur, Nish tidak sempat menghafal banyak lalu Nish tertidur.

Keesokan harinya, Nish dah okay. She was getting better and try struggle untuk hafal apa-apa. Sebelum masuk dewan peperiksaan Nish tawakkal je sebab Nish tak prepare sangat walaupun dia tak pernah dapat rendah sangat subjek ni. Lagipun untuk peperiksaan percubaan ni, persediaan Nish tak cukup mantap. Nish berharap agar dia dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan sebenar. Doakan Nish.